Mentafsir Diri Sendiri

Monday, March 13, 2017

Oleh: Norazrina Nordin

       Minda, jiwa, dan hati kita mempunyai pengaruh yang besar ke atas tingkah laku dan cara kita berfikir. Tiga faktor yang kuat pengaruhnya ke atas pemikiran kita adalah konsep diri dan estim. Konsep diri ialah gabungan antara kepercayaan kita berkenaan sifat-sifat semula jadi diri kita. Ciri-ciri unik peribadi kita dan tingkah laku kita. Konsep diri kita mungkin termasuk kepercayaan seperti 'Aku baik hati', 'Aku penyabar', 'Aku tampan', dan 'Aku pandai main bola'. Setiap orang mempunyai konsep diri. Konsep diri kita kuat pengaruhnya ke atas cara bagaimana kita memproses apa juga maklumat berkenaan diri kita, oleh itu ia penting bagi mengukur bagaimana kita melihat diri kita sendiri dan bagaimana kita melihat diri orang lain.
      Antara faktor kesilapan berfikir adalah datang daripada masalah psikologi yang ada dalam diri kita. Faktor itu adalah estim kita. Sama ada faktor itu adalah estim yang tinggi mahupun yang rendah, kedua-duanya dapat menyebabkan kita melakukan kesilapan apabila kita berfikir. Hal itu pula mempengaruhi sikap kita. Oleh itu, sekali gus menyebabkan kita silap dalam membuat penilaian dan keputusan.
      Kebanyakan daripada kita gemar mentafsir diri sendiri, sama ada secara positif ataupun secara negatif. Maksudnya, apabila kita menganggap diri kita baik, kita merasakan kita pandai bermain biola dan lain-lain. Begitu juga apabila kita menganggap kita tidak pandai memasak, ataupun kita tidak pandai bermain biola. Namun, biasanya kita cenderung melakukannya secara positif. Sebagai contoh, kita selalu melebih-lebihkan keupayaan kita apabila bergaul dengan orang lain, kita memiliki sifat baik hati, pemurah, dan bakat-bakat istimewa yang kita miliki. Tetapi, kita mungkin mengukur secara negatif rupa paras dan bentuk tubuh kita. Estim berpengaruh apabila kita menghadapi kegagalan. Orang yang memiliki estim rendah, sekali mereka gagal, mereka tidak berani berkata mereka akan berjaya di kemudian hari. Ini berbeza dengan orang yang memiliki estim yang tinggi. Apabila gagal sekali, mereka masih berani serta mencuba lagi sehingga berjaya. Ada orang, apabila dia gagal, dia mahu supaya ukuran kegagalan itu diturunkan.

You Might Also Like

0 comments