Bagaimana Idea Hebat Dicetus ?

Monday, March 13, 2017

Oleh: Norazrina Nordin

Semua teknik berfikir yang dicipta oleh pakar bertujuan membantu kita mengatasi pelbagai rintihan kreativiti. Dengan menggunakan teknik-teknik isu, seseorang itu dapat memusatkan fikiran kepada tugas-tugas yang dijalankan. Dia juga dapat menumpukan fikiran pada satu masalah sahaja pada satu-satu masa. Sekiranya tidak, otak kita akan dibanjiri dengan bermacam-macam masalah serentak. Jangan terus berhenti berfikir sebaik sahaja mendapat idea pertama bagi menyelesaikan masalah. Teruskan berfikir kerana ini tidak merugikan. Sekiranya idea-idea selanjutnya tidak memuaskan, kita dapat kembali kepada idea pertama tadi dan menggunakannya.

Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar kreativiti membuktilan daripada banyak idea, pasti muncul satu idea yang bagus. Idea pertama sentiasa dapat mencetuskan idea kedua, ketiga, dah seterusnya. Dengan menghasilkan banyak idea, kita mendapat idea yang beraneka ragam dan idea yang asli, iaitu idea baru. Hanya dua di antara idea-idea itu yang berjaya diaplikasikan. Kuantiti dapat menghasilkan kualiti.

Satu sebab mengapa seseorang itu tidak dapat mengeluarkan banyak idea alternatif adalah kerana dia hanya mahukan idea-idea yang masuk akal sahaja. Padahal, kerap terjadi idea- idea yang pada mulanya tidak masuk akal, tetapi selepas idea-idea itu dipertimbangkan, baru tercipta idea yang lebih baik.

You Might Also Like

0 comments