Sekitar Hari Pengundian MPP 2017 di Unisel Shah Alam

Sunday, March 05, 2017

OLEH FARHIRA FARUDIN

Setelah kempen pilihanraya MPP yang berlangsung selama seminggu dijalankan di sekitar kampus UNISEL Shah Alam, hari yang dinantikan oleh calon-calon MPP telah tiba.

Pada 28 Februari 2017 yang lalu, hari pengundian MPP Unisel bagi tahun 2017 telah pun berlangsung di Dewan Pro Chancellor dan para pelajar daripada pelbagai fakulti telah turun mengundi pada sekitar 9 pagi sehingga 4 petang bagi menunjukkan sokongan mereka kepada calon-calon MPP yang bertanding.

Bagi tahun 2017, UNISEL menyaksikan peningkatan sebanyak 0.68% daripada 13% pada tahun 2016 dalam jumlah pelajar yang turun mengundi pada hari tersebut.


Sebanyak 12 calon bertanding untuk kerusi umum manakala lapan calon untuk kerusi Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan lima calon bertanding untuk kerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. Tahun ini juga menyaksikan calon-calon yang bertanding ternyata terdiri daripada pelbagai kaum berbanding dengan calon-calon pada tahun lepas. 

Pada pukul 4:30 petang, saat yang dinantikan oleh orang ramai telah tiba untuk mengumumkan calon-calon yang memenangi kerusi umum dan kerusi fakulti yang dipertandingkan pada hari tersebut. 

Tahun 2017 menyaksikan enam calon kerusi umum memenangi pilihanraya kali ini manakala tiga daripada lima calon daripada FCVAC memenangi kerusi fakulti mereka dan daripada lapan calon yang bertanding untuk kerusi fakulti FB, hanya lima yang terpilih untuk menjadi calon MPP.


Tahniah kami ucapkan kepada calon-calon yang memenangi kerusi umum dan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

You Might Also Like

0 comments