Masalah Logikal

Monday, March 27, 2017



OLEH NORAZRINA NORDIN


Image result for masalah logikal

             
                 Menyelesaikan masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan maklumat dan analisis maklumat. Analisis dilakukan bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menjadi punca masalah yang kita hendak selesaikan itu. Proses penyelesaian masalah begini digunakan dalam pelbagai bidang, antaranya bidang kedoktoran dan bidang membaiki kereta rosak.

                   Itulah sebabnya teknik berfikir logikal dalam menyelesaikan masalah dikenalo sebagai 'teknik logik mekanik kereta'. Apabila menggunakan tekinik ini, kita mula berfikir selepas mempunyai maklumat yang cukup berkaitan masalah itu.

                  Banyak masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara mencari dan membuang puncanya. Apabila kita tidak dapat melintas kerana terdapat sungai di hadapan kita, kita tidak dapat membuang sungai itu. Apabila mata kita rabun, dan kita sukar membaca, kita tidak dapat membuang mata kita. Bagi setiap masalah di atas, kita tahu punca masalah yang kita alami, tetapi kita tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara mambuang puncanya. Hal ini kerana ia tidak dapat dilakukan.
 
                 Terdapat juga masalah yang mempunyai satu sahaja punca tetapi punca itu tidak dapat dibuang.

                 Banyak masalah terdiri daripda jenis yang hanya dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik pemikiran 'desain' selain daripada analisis.

                 Teknik penyelesaian masalah cara logikal berguna bagi fungsi-fungsi menyelenggara sistem dan prosedur kerja yang digunakan pada masa kini.

You Might Also Like

0 comments