Bawang merah besar 1 biji
Bawang putih 5 biji
Lada cili ikut pedas yang anda suka
Garam ikut rasa
Gula pasir 1 sudu
Air asam jawa ikut rasa
Ajinomoto sedikit
Kisar semula bahan-bahan di atas, tumis dahulu
Letak air asam dan kemudian letakkan ayam.
Menyelesaikan masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan maklumat dan analisis maklumat. Analisis dilakukan bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menjadi punca masalah yang kita hendak selesaikan itu. Proses penyelesaian masalah begini digunakan dalam pelbagai bidang, antaranya bidang kedoktoran dan bidang membaiki kereta rosak.
Itulah sebabnya teknik berfikir logikal dalam menyelesaikan masalah dikenalo sebagai 'teknik logik mekanik kereta'. Apabila menggunakan tekinik ini, kita mula berfikir selepas mempunyai maklumat yang cukup berkaitan masalah itu.
Banyak masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara mencari dan membuang puncanya. Apabila kita tidak dapat melintas kerana terdapat sungai di hadapan kita, kita tidak dapat membuang sungai itu. Apabila mata kita rabun, dan kita sukar membaca, kita tidak dapat membuang mata kita. Bagi setiap masalah di atas, kita tahu punca masalah yang kita alami, tetapi kita tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara mambuang puncanya. Hal ini kerana ia tidak dapat dilakukan.
Terdapat juga masalah yang mempunyai satu sahaja punca tetapi punca itu tidak dapat dibuang.
Banyak masalah terdiri daripda jenis yang hanya dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik pemikiran 'desain' selain daripada analisis.
Teknik penyelesaian masalah cara logikal berguna bagi fungsi-fungsi menyelenggara sistem dan prosedur kerja yang digunakan pada masa kini.
Perkataan 'masalah' sering kali difahami secara negatif. ia menjadikan kita berasa gundah, keliru, dan berat fikiran. Kita sebenarnya perlu bersyukur kerana wujud banyak masalah di sekeliling kita. Masalah adalah sumber input yang besar kepada kesihatan otak. Masalah juga berperanan mengetengahkan dan meluaskan daya imaginasi kita.
Bagi kebanyakan orang, masalah adalah sumber rezeki. Selagi ada masalah, selagi itu mereka dapat mencari nafkah. Selagi ada orang yang melakukan kesilapan, selagi itu ada masalah yang perlu diselesaikan. Sesiapa yang berjaya mencipta penyelesaia, dia akan menerima habuan daripada kejayaan itu. Apabila tidak ada sesiapa yang melakukan kesalaha, apa-apa masalah tidak timbul. Apabila tidak ada masalah yang rumit, banyak pekerjaan tidak perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai peluang.
Bagi menikmati lebih banyak peluang, kita perlu mahir mengenal pasti masalah di persekitaran kita. Sebagai contoh, ada individu yang berjaya mencipta kasut tumit tinggi untu wanita. Kejayaan itu membuka peluang besar dalam industri fesyen, tetapi pada masa yang sama mencipta banyak masalah. Menyelesaikan masalah adalah aktiviti yang sukar, tetapi lebih sukar lagi adalah mencari dan menggubal masalah.
Adakah kita menghadapi sebarang masalah? keupayaan menyelesaikan masalah adalah penting, tetapi lebih penting lagi adalah keupayaan merumuskan apakah masalah yang sebenarnya sedang kita cuba selesaikan? seorang pengail terlupa membawa umpan. Aoakah masalah yang beliau hadapi? mana satukah masalah beliau? dia tidak mempunyai umpan? dia tidak dapat mengail? dia tidak memperolehi ikan? dia tidak dapat memakan ikan?
Sebuah syarikat memiliki menara pejabat setinggi 32 tingkat dengan 12 buah lif. Pihak pengurusan menghadapi masalah yang berpunca daripada ketidakpuasan hati para penyewa berkaitan perkhidmatan lif. Mereka memberi alasan kepada syarikat itu sekiranya masalah lif tidak diselesaikan, mereka mahu berpindah dan menyewa ruang pejabat di dalam bangunan lain. Mereka tidak berpuas hati kerana pada waktu-waktu puncak, mereka terpaksa menunggu lif dalam tempoh yang agak lama.
Waktu yang sangat tidak memuaskan mereka adalah pada waktu rehat tengah hari dan waktu pejabat ditutup. Pihak pengurusan memikirkan beberapa jalan bagi menyelesaikan masalah itu. Mereka rumuskan, penyewa tidak berpuas hati. Penyewa lari ini menyebabkan mereka mengalami kerugian. Jumlah lif tidak mencukupi, terutama pada waktu puncak. Antara jalan oenyelesaian yang mereka fikirkan adalah memasang dua buah lif baru di bahagian luar bangunan, tetapi kosnya terlalu mahal.
Currently studying in Diploma of Communication and Media. My interests include Haruki Murakami, writing poems, listening to Fiona Apple and Radiohead and taking photos with disposable cameras.
ELLYSHA ZURAIMI
Studying at Unisel Shah Alam in Diploma of Communication and Media. Puts my heart and soul into theater. Extremely addicted to Running Man and food. Currently on a diet but it won't last long.
MIMI SUHAILA
Diploma of Communication and Media student. I love to read, eat and most importantly I love you.
NORAZRINA NORDIN
Studying at Unisel Shah Alam in Diploma of Communication and Media. I love fashion and I want to succeed in life.